Tular di laman sosial twitter apabila seorang lelaki memuatnaik tweet tentang kawannya yang telah disamun di media sosial tersebut . Mengikut tweet tersebut . kawannya disamun setelah Penjenayah tersebut menyamar sebagai orang pegawai kesihatan untuk memasuki rumah mangsa.
Mangsa yang pada awalnya tidak perasan dengan penyamaran tersebut dikatakan hanya memberi penjenayah itu masuk ke dalam rumah namun setelah itu , penjenayah tersebut menunggu masa yang sesuai untuk bertindak dan kemudiannya mengacukan pisau kepada mangsa dan mengacukan sepucuk piston kearah ibu mangsa.
Mangsa dan ahli keluarga diberitahu dalam tweet tersebut bahawa mereka telah dikurung sebelum penyamun tersebut mengambil barang barang yang berharga didalam rumah tersebut. Telefon mangsa juga turut dirampas oleh penyamun yang terbabit dan sedikit pergelutan berlaku dan mencederakan mangsa kejadian.
Setelah penyamun tersebut melarikan diri dengan baranggan yang dicuri , mangsa terus kebalai dan dengan bantuan polis di balai polis yang berdekatan , mangsa berjaya menjejaki telefon bimbim pintarnya namun ianya telah dibuang di dalam sebuah hutan berdekatan dengan rumah mangsa.
Mangsa turut menyertakan beberapa keping gambar dan cerita mengenai kejadian tersebut. diharap netizen lebih berhati hati kerana semakin banyak kes penjenayah yang menyamar sebagai pegawai kerajaan untuk melakukan jenayah dan samun kepada mangsa mangsa yang langsung tidak menjangkakan keadaan itu berlaku.